Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.
Memandangkan sepanjang minggu depan saya sibuk
dengan sukan sekolah, jadi hari ni saya curi-curi masa menyiapkan gubahan bunga
ini.
Sebenarnya, bunga ini dibeli di Mersing semasa saya masih menetap di sana. Kini dah 10 tahun saya berpindah ke kampung halaman sendiri. Bermakna lebih 10 tahun jugalah usia bunga ini. Walaupun serinya dah kurang namun saya masih sukakannya. Sayang pula jika dibuang.

Bunga ini sudah beberapa kali bertukar gaya gubahan dan sudah bermacam-macam jenis pasu jadi kediamannya. Nampaknya, hari ini gaya gubahannya bertukar lagi. Mungkin ini gaya terakhir kerana telah digamkan kuat-kuat pada bingkai rotan.