Sabtu, 26 Oktober 2013

Yang Ditunggu Dah Tiba

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Akhirnya, penantian berakhir jua. Yang ditunggu dah sampai dengan selamatnya.

 

Inilah mug bermotif 5 roses.

Gembiranya saya apabila dapat memiliki mug ini. Bentuknya berbeza berbanding bentuk mug 5 roses yang pernah saya ceritakan di sini. Saiznya juga lebih kecil.

 

 Pandangan depan dan belakangnya sama.

 

Pandangan atas.
Amat cantik dengan penutupnya yang juga mempunyai bunga.

 Terima kasih Adinda Classic Epoh kerana sudi melepaskan mug comel ini kepada akak.

Sekian. 
Jumpa lagi... 



 

Khamis, 24 Oktober 2013

Peonies yang Menawan


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini saya ingin kongsikan koleksi mug lagi.  Jika sebelum ini saya telah berkongsi keayuan 5 roses, hari ini tibalah giliran bunga peonies yang cun ini pula.

 
Inilah pink and purple peonies.

Kecantikan peonies pink dan purple makin terserlah setelah dipindahkan ke cawan bertutup ini.

Bunga di bahagian belakang yang agak kecil.


Inilah satu-satunya item bunga peonis yang ada dalam koleksi pml saya.

Sekian untuk pagi ini.


P/s: Sebenarnya, peonies adalah emblem flower bagi negara China. Jadi, tidak hairanlah jika kecantikan bunga ini diabadikan pada pinggan mangkuk porcelain yang kebanyakannya diimport dari sana.  


Rabu, 23 Oktober 2013

Mug Sakura Putih

Assalamualaikum  dan selamat malam semua. Entri hari ini masih lagi berkisar tentang cawan bertutup atau mug. Kali ini sakura putih pula mengambil giliran.  

 

Sakura putih ini berlatarbelakangkan warna coklat berkilauan.

 

 Pandangan belakang dengan saiz bunga yang lebih kecil.

 

 Dapat sepasang dengan hantaran yang berbaloi-baloi.Terima kasih Halim NurQaseh Albakri.

 

Sekian buat kali ini.

Jumpa lagi.

 

 

 

Isnin, 21 Oktober 2013

5 Roses Nan Ayu

Assalamualaikum. Selamat pagi semua.

Hari ini saya ingin kongsikan rasa gembira memiliki cawan berpenutup atau mug. Mug pertama yang saya miliki adalah yang bermotif 5 roses.

Motif 5 roses yang cukup ayu.

 Tidak jemu dipandang mata.

Pandangan belakang. Motif bunganya lebih kecil.

 
Pandangan atas


Bukan  motif bunganya sahaja yang cantik. Bentuk mug ini sendiri amat menarik.

Ini sahaja untuk kali ini.
Insyaallah, akan saya kongsikan pula koleksi mug yang lain. 

Ahad, 20 Oktober 2013

Hitam Menawan ♥ Ros Pensel

Assalamualaikum. Apa khabar semua? 

Tentu ada yang sedang dibuai mimpi ketika ini. Awal pagi Ahad ini, saya ingin kongsikan koleksi ros pensel yang menghuni lemari pml saya.

 Sebenarnya, ini cinta pandang pertama.
Nampak je terus meminang. Alhamdulillah, tuannya sudi untuk melepaskan aladin ni.. Hantarannya memang tinggi, namun karena hati dah berkenan, kututup dua-dua mata.

Semasa tiba di teratak saya, aladin ini hanya bertutup bulat. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berjaya juga saya mendapatkan tutup yang sepadan untuknya. Tidak lama selepas itu, ada pula yang sudi melepaskan pinggan kek untuk saya menambahkan koleksi. Alhamdulillah, gembiranya hati tak terkata.

 
Ini saja item ros pensel yang ada dalam koleksi saya. Harap-harap selepas ini adalah rezeki untuk bertemu dengan kaum kerabatnya yang lain. Paling dihajati sudah tentu cawan dan piring kuih.


Ini sahaja buat kali ni. 
Jumpa lagi...


Jumaat, 18 Oktober 2013

Si Cilik Bunga Kangkung

Assalamualaikum dan salam mesra.

Bertemu lagi dalam edisi kangkung. Jika sebelum ini saya pernah berbicara tentang teko cina @ teko kicap, kali ini saya ingin kongsikan pula teko cilik yang amat comel ini.

Ini dia... Si cilik bunga kangkung.
 Seperti koleksi yang lain, teko comel ini juga saya peroleh melalui pembelian secara online

Perbandingan saiz dengan teko cina, cawan dan teko aladin.
Memang comel...

Corak bunga kangkung merupakan koleksi wajib bagi pengumpul pinggan mangkuk lama. Awalnya, saya kurang berminat dengan corak bunga kangkung ini. Namun, minat mula bercambah apabila melihat koleksi rakan-rakan.
Jumpa lagi...

Rabu, 16 Oktober 2013

Pabila Sakura Berguguran...

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua..

Selain bunga padi dan ros, sakura juga antara yang mekar dalam lemari pml saya. Saya sendiri tak pasti, apa yang membuatkan hati tertawan dengan bunga sakura ini. Mungkin kerana warna pinknya tu.. 

Walaupun sakura tidaklah secantik mawar, namun pabila bunganya berguguran dan melekat pada pinggan mangkuk, banyak hati telah tertawan.

Lihatlah...
Alkisahnya, aladin ni adalah antara koleksi terawal saya sejak jatuh cinta dengan bunga-bunga sakura.

 Teko dan cawan mini bergandingan dengan teko bulat besar.
 
 Teko aladin bersama empat biji cawan mulut lebar.

 
Koleksi saya bertambah dengan kehadiran creamer jar. Selepas itu, koleksi ini menerima kehadiran pinggan kek dan pinggan bujur bersama 4 biji piring sos. Beberapa hari selepas gambar ini diambil, koleksi sakura bertambah lagi dengan kemunculan pinggan makan 9 inci. 

Sehingga ke hari ini, hanya ini koleksi sakura yang ada, namun saya tetap rasa bertuah kerana berpeluang memilikinya.

Sekian, jumpa lagi..






Isnin, 14 Oktober 2013

Malang tidak Berbau ♥ Rose Hijau

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman pertama saya membeli pinggan magkuk lama. Hampir semua koleksi pml saya dibeli atas talian (online). Pertama kali beli, saya borong tiga biji aladin iaitu sakura, kangkung dan ros hijau daripada penjual yang sama. Bukan tamak tapi teruja sebab saat itu langkah mengumpul pml baru bermula. 

Jantung berdegup kencang tatkala membuka bungkusan. Manakan tidak, saat itu telinga menangkap suatu bunyi dari dalam bungkusan. 

Setelah bungkusan terbuka...

Inilah isinya.. Sayang seribu kali sayang, idaman hati pecah berderai. Rasa amat terkilan, namun tetap pasrah dengan ketentuan-Nya. 

Untuk mengurangkan rasa terkilan kerana memperoleh teko yang tidak lagi sempurna, saya cuba gamkan teko tu. Inilah hasilnya..
Nampak sempurna pada pandangan mata kasar, namun hakikatnya teko ini tidak boleh lagi digunakan untuk mengisi minuman; sekadar menjadi hiasan dalam lemari pml.

Sejak kejadian tu, hasrat untuk mengumpul kaum kerabat ros hijau telah terbantut. Setakat hari ini, inilah satu-satunya keluarga ros hijau yang ada dalam koleksi pml saya.


Sekian, jumpa lagi..



Isnin, 7 Oktober 2013

Teko Cina ♥ Bunga Kangkung

Assalamualaikum. Selamat pagi semua.

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi teko cilik dalam koleksi pml saya iaitu teko cina @ teko kicap bunga kangkung.

Teko ini saya idamkan sejak mula terjebak dengan minat mengumpul pinggan mangkuk lama lagi.

 Akhirnya, teko ala-ala oil & vinegar ini menjadi milik saya pada Februari 2002. 


 
  Terima kasih buat Zefa NorAsmara yang sudi melepaskan teko ini.


Jumpa lagi, Insyaallah.