Isnin, 21 Februari 2011

Karangan Bunga

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua.
Memandangkan sepanjang minggu depan saya sibuk dengan sukan sekolah, jadi hari ni saya curi-curi masa menyiapkan gubahan bunga ini. 

Sebenarnya, bunga ini dibeli di Mersing semasa saya masih menetap di sana. Kini dah 10 tahun saya berpindah ke kampung halaman sendiri. Bermakna lebih 10 tahun jugalah usia bunga ini. Walaupun serinya dah kurang namun saya masih sukakannya. Sayang pula jika dibuang.

Bunga ini sudah beberapa kali bertukar gaya gubahan dan sudah bermacam-macam jenis pasu jadi kediamannya. Nampaknya, hari ini gaya gubahannya bertukar lagi. Mungkin ini gaya terakhir kerana telah digamkan kuat-kuat pada bingkai rotan.



Rabu, 9 Februari 2011

Koleksi Crochet

Assalamualaikum dan selamat petang rakan-rakan pengunjung Teratak Impian. Petang ini saya ingin kongsikan koleksi crochet yang pernah saya hasilkan suatu masa dahulu.

Masa muda-muda dulu, masa terluang sering saya isikan dengan aktiviti mengait.Sambil mengawasi anak-anak bermain atau ketika menonton tv, inilah kerja saya. Walau bagaimanapun, dek kekangan masa, hobi mengait ini sudah lama saya tinggalkan.






Inilah antara koleksi crochet yang masih saya gunakan. Insyaallah jika berkesempatan, saya akan kongsikan koleksi yang lain pula.
Jumpa lagi... 

 

Sabtu, 5 Februari 2011

Bunga Gantung

Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Hari ini saya ingin berkongsi minat dengan para pengunjung Teratak Impian. Salah satu minat saya adalah menggubah bunga. Gubahan flower ball yang ingin saya tunjukkan ini pada mulanya saya hasilkan untuk digantung di dalam kereta sendiri. Tak sangka pula bekas tangan saya ini berjaya menawan hati adik-adik dan rakan-rakan. Sehingga kini telah banyak yang saya hasilkan.