Rabu, 16 Oktober 2013

Pabila Sakura Berguguran...

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua..

Selain bunga padi dan ros, sakura juga antara yang mekar dalam lemari pml saya. Saya sendiri tak pasti, apa yang membuatkan hati tertawan dengan bunga sakura ini. Mungkin kerana warna pinknya tu.. 

Walaupun sakura tidaklah secantik mawar, namun pabila bunganya berguguran dan melekat pada pinggan mangkuk, banyak hati telah tertawan.

Lihatlah...
Alkisahnya, aladin ni adalah antara koleksi terawal saya sejak jatuh cinta dengan bunga-bunga sakura.

 Teko dan cawan mini bergandingan dengan teko bulat besar.
 
 Teko aladin bersama empat biji cawan mulut lebar.

 
Koleksi saya bertambah dengan kehadiran creamer jar. Selepas itu, koleksi ini menerima kehadiran pinggan kek dan pinggan bujur bersama 4 biji piring sos. Beberapa hari selepas gambar ini diambil, koleksi sakura bertambah lagi dengan kemunculan pinggan makan 9 inci. 

Sehingga ke hari ini, hanya ini koleksi sakura yang ada, namun saya tetap rasa bertuah kerana berpeluang memilikinya.

Sekian, jumpa lagi..






Tiada ulasan: