Isnin, 14 Oktober 2013

Malang tidak Berbau ♥ Rose Hijau

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman pertama saya membeli pinggan magkuk lama. Hampir semua koleksi pml saya dibeli atas talian (online). Pertama kali beli, saya borong tiga biji aladin iaitu sakura, kangkung dan ros hijau daripada penjual yang sama. Bukan tamak tapi teruja sebab saat itu langkah mengumpul pml baru bermula. 

Jantung berdegup kencang tatkala membuka bungkusan. Manakan tidak, saat itu telinga menangkap suatu bunyi dari dalam bungkusan. 

Setelah bungkusan terbuka...

Inilah isinya.. Sayang seribu kali sayang, idaman hati pecah berderai. Rasa amat terkilan, namun tetap pasrah dengan ketentuan-Nya. 

Untuk mengurangkan rasa terkilan kerana memperoleh teko yang tidak lagi sempurna, saya cuba gamkan teko tu. Inilah hasilnya..
Nampak sempurna pada pandangan mata kasar, namun hakikatnya teko ini tidak boleh lagi digunakan untuk mengisi minuman; sekadar menjadi hiasan dalam lemari pml.

Sejak kejadian tu, hasrat untuk mengumpul kaum kerabat ros hijau telah terbantut. Setakat hari ini, inilah satu-satunya keluarga ros hijau yang ada dalam koleksi pml saya.


Sekian, jumpa lagi..



Tiada ulasan: