Ahad, 3 November 2013

Aladin Ros Hitam

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Apa khabar semua? Awal pagi ini saya ingin bercerita tentang satu lagi koleksi pinggan mangkuk lama saya. Sebelum itu kita zoom dulu motif ros yang tertera pada set ini.

 Ros yang seperti dilukis dengan pensel. Cantik sekali. 

Mulanya saya tidak berniatpun untuk mengumpul set ros hitam ini sehinggalah suatu hari 'terbeli' teko aladinnya melalui jualan di sebuah blog. Kemudian dapat pula sebiji cawan semasa membeli beberapa barangan lain.

 

 Sebiji teko aladin dan sebiji cawan tanpa piring

 

Pinggan 10" ini diperoleh daripada seorang rakan APC. 

 

Ini sahaja koleksi ros hitam yang ada setakat ini. Harap-harap dapatlah saya melengkapkan set ros hitam ini. Sekurang-kurangnya lengkap untuk tea set


Sekian.
Jumpa lagi... 

Sabtu, 26 Oktober 2013

Yang Ditunggu Dah Tiba

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Akhirnya, penantian berakhir jua. Yang ditunggu dah sampai dengan selamatnya.

 

Inilah mug bermotif 5 roses.

Gembiranya saya apabila dapat memiliki mug ini. Bentuknya berbeza berbanding bentuk mug 5 roses yang pernah saya ceritakan di sini. Saiznya juga lebih kecil.

 

 Pandangan depan dan belakangnya sama.

 

Pandangan atas.
Amat cantik dengan penutupnya yang juga mempunyai bunga.

 Terima kasih Adinda Classic Epoh kerana sudi melepaskan mug comel ini kepada akak.

Sekian. 
Jumpa lagi... 



 

Khamis, 24 Oktober 2013

Peonies yang Menawan


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ini saya ingin kongsikan koleksi mug lagi.  Jika sebelum ini saya telah berkongsi keayuan 5 roses, hari ini tibalah giliran bunga peonies yang cun ini pula.

 
Inilah pink and purple peonies.

Kecantikan peonies pink dan purple makin terserlah setelah dipindahkan ke cawan bertutup ini.

Bunga di bahagian belakang yang agak kecil.


Inilah satu-satunya item bunga peonis yang ada dalam koleksi pml saya.

Sekian untuk pagi ini.


P/s: Sebenarnya, peonies adalah emblem flower bagi negara China. Jadi, tidak hairanlah jika kecantikan bunga ini diabadikan pada pinggan mangkuk porcelain yang kebanyakannya diimport dari sana.