Isnin, 23 September 2013

Akhirnya berhasil juga...

Setelah mencuba dan terus mencuba, akhirnya menjadi juga sarung tisu ini. Mula-mula tu, terkial-kial juga, maklumlah belum pernah buat. Banyak kali juga terpaksa buka jahitannya.

Untuk sarung, saya gunakan kain English cotton bercorak bunga ros kecil manakala untuk riben, saya gunakan kain cotton petak-petak kecil warna sepadan dengan sarung.

 
Bahagian bawah sarung tisu ini saya kemaskan dengan renda berwarna putih.

 
Rasa amat gembira kerana akhirnya dapat juga saya hasilkan sarung tisu ini. Kini, sarung tisu ini dahpun menjadi milik orang. Sekarang saya dalam usaha mereka satu lagi sarung tisu. Insyaallah akan saya kongsikan di sini setelah berhasil.
 


Ahad, 22 September 2013

Berkreativiti lagi...

Selamat berhari minggu buat semua. Moga ceria selalu. 
Hari ini saya nak share satu lagi kusyen dengan wording "Home Sweet Home" hasil jemari saya ni.



Ilham untuk menghasilkan kusyen ni datang semasa saya menyertai Exchange Gift (EG) yang dianjurkan oleh group Sudut Kreatif English Deco (ESDG) di FB. Wording cross stitch hanya ditampal di atas kain putih polkadot. Setiap bucu wording dihias dengan butang.



Banyak juga tempahan yang saya terima untuk sarung kusyen ni. Hajat di hati nak buat lagi untuk hiasan rumah sendiri, namun hingga kini masih belum berkesempatan.




Tentang Saya...

Assalamualaikum dan salam mesra daripada saya, Norsalmi Abdul Rahim, penulis blog ini. Boleh panggil saya dengan apa jua panggilan yang dirasakan sesuai; Nor, Salmi, Mi, atau panggil saja ibu.  

Saya berasal dari Jerantut, Pahang dan merupakan anak sulung daripada sepuluh orang adik-beradik. Saya adalah seorang isteri berkerjaya serta ibu kepada tiga orang puteri dan dua orang putera.

Hobi menjahit, menghias rumah, membaca dan mengumpul pinggan mangkuk lama mendorong saya mewujudkan laman maya ini. Saya berharap Teratak Impian ini akan menjadi medium untuk berkongsi minat dan hobi dengan rakan-rakan pengunjung.

Moga perkongsian di laman ini dapat dimanfaatkan bersama-sama. Andai ada bicara yang menguris rasa, harap diberi teguran kerana saya hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. 

Terimalah bicara saya seadanya..


 

Sabtu, 21 September 2013

Home Sweet Home

Assalamualaikum dan salam ceria. 
Saya ingin kongsikan satu lagi hasil kreativiti saya yang tak seberapa ini.

 

 Sarung kusyen ini agak rumit untuk dihasilkan. Wording "HOME SWEET HOME" ini sahaja mengambil masa hampir setengah hari untuk disiapkan. Maklumlah baru pertama kali mencuba.

Wording yang telah siap ditampalkan di atas kain pink polkadot. Kemudian, ia dicantumkan pula dengan kain english cotton berbunga. Bahagian ini agak rumit kerana wording ini bukan ditampal, sebaliknya dicantumkan satu persatu di setiap sisi. 


Akhirnya, dapat juga saya merealisasikan ilham saya yang satu ini. Walaupun mengambil masa sehari suntuk untuk menghasilkannya, namun saya amat berpuas hati.



Khamis, 19 September 2013

Teko Cilik

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu. Hari ini saya ingin kongsikan teko-teko cilik yang ada dalam koleksi pinggan mangkuk lama (pml) saya.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, kebanyakan barangan porcelain antik yang ada dalam koleksi pml saya dibeli melalui melalui group Antique Porcelain Collectors (APC) di FB. 


Teko sakura dan twin roses ini merupakan pembuka langkah saya mengumpul pinggan mangkuk lama. Kedua-dua teko comel ini saya beli daripada Kak Azzah.


Seterusnya, koleksi ini bertambah dengan teko big rose dan cabbage rose daripada Siti Fatimah. Walau bagaimanapun maaf kerana gambar kedua-dua teko tiada dalam simpanan. Insyaallah, akan saya kongsikan dalam entri-enti akan datang. Dua biji teko bunga kangkung ini pula dibeli daripada Bonnie.

Terima kasih atas kunjungan. 



 

Rabu, 18 September 2013

Sulaman Manik

Assalamualaikum. Alhamdulillah dapat kita bersua lagi di laman maya ini. Hari ini ingin saya kongsikan salah satu sulaman manik yang telah saya hasilkan baru-baru ini.

Ini merupakan tempahan rakan setugas untuk dipakai pada majlis konvokesyennya. Ketika itu saya belum bersedia menerima tempahan. Namun, pujuk rayu rakan saya itu berhasil juga.

Bunga ungu dan kuning berlatarkan warna hijau.


Sebagai penambah seri, saya taburkan kuntuman kecil berwarna putih.. 



Alhamdulillah, syukur kerana rakan saya berpuas hati dengan hasil tangan saya ini. Rasa amat gembira apabila dapat menggembirakan seorang lagi teman.



Selasa, 17 September 2013

Pinggan Mangkuk Lama

Assalamualaikum,
Apa khabar? Dah lama kita tak bertemu di sini. Bukan tak ada cerita untuk dikongsikan di sini. Jika ada masa terluang, saya masih setia dengan hobi menghias rumah, menjahit dan menggubah hantaran. Cuma entah mengapa angin malas untuk mengemas kini blog sering bertiup kencang.

Hari ni tiba-tiba mood yang selama ini dah ke laut tiba-tiba muncul kembali. Walau bagaimanapun, untuk entri kali ini bukan cerita tentang kraftangan yang akan saya hidangkan. Kali ini saya ingin berkongsi koleksi pinggan mangkuk lama warisan ibu saya. 

 Motif bunga yang tertera pada set pinggan mangkuk ini.

 Bentuk teko yang lari dari kebiasaan.


Sugar pot dan creamer jar


Pinggan


Setelah 23 tahun berada dalam simpanan emak, kini set pinggan mangkuk ini telah bertukar tangan. Sudah tentu saya cukup gembira memilikinya.