Khamis, 19 September 2013

Teko Cilik

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat dan ceria selalu. Hari ini saya ingin kongsikan teko-teko cilik yang ada dalam koleksi pinggan mangkuk lama (pml) saya.

Untuk pengetahuan rakan-rakan, kebanyakan barangan porcelain antik yang ada dalam koleksi pml saya dibeli melalui melalui group Antique Porcelain Collectors (APC) di FB. 


Teko sakura dan twin roses ini merupakan pembuka langkah saya mengumpul pinggan mangkuk lama. Kedua-dua teko comel ini saya beli daripada Kak Azzah.


Seterusnya, koleksi ini bertambah dengan teko big rose dan cabbage rose daripada Siti Fatimah. Walau bagaimanapun maaf kerana gambar kedua-dua teko tiada dalam simpanan. Insyaallah, akan saya kongsikan dalam entri-enti akan datang. Dua biji teko bunga kangkung ini pula dibeli daripada Bonnie.

Terima kasih atas kunjungan. 



 

1 ulasan:

ummiross berkata...

Mie cantiknya header, sejuk mata memandang.
Cantik2 pula koleksi teko cilik Mie tu, berbaloi membelinya.